50 fakta mengenai lelaki
1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik,
yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu,
dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi
mereka ingin Anda terlihat mempesona).
2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka
egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat
kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah
wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami
kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh
bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani
aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak
tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka
senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?”
adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka
memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu
semua hal perkara tentang Anda).
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia
akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat.
(Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa
gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman
Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan
buatlah dia semakin terpesona).
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik
perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau
terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).
10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang
bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas
kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas
kekasih Anda).
11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda,
jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.
12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda,
namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk
itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita
kepada anda).
13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki
mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika
mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan
pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).
14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka
adalah makhluk tuhan yang mudah marah.
15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal
yang selalu berharap dan berandai-andai.
16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang
memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang
membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya
menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).
17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta,
selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan
lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan
jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada
Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai
rasa ingin tahu).
19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan
perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah,
jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus
merindukan Anda).
20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda
(baca: merayu Anda).
21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras
ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya
mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan
hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah,
mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).
22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran
lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda
menjadi kekasihnya?).
23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki
memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang
susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita
sebagai makhluk yang susah dipahami).
24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi
atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang
boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung
putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).
25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.
26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk
membeli hadiah kecil untuk Anda.
27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin
menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki,
kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan
melulu bercerita tentang diri Anda.
29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh
mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah,
perkataannya tulus dari dalam hati.
30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika
bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.
31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka
tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka
melihat Anda bersedih).
32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka
tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.
33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda,
tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.
34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil
dan baik.
35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh,
tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.
36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai
dirinya apa adanya.
37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi
sahabat, sekaligus kekasih baginya.
38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan
masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan
dirinya.
39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih
jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).
40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan
Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke
shopping mall).
41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding
wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.
42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu
bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka
seringkali meleset.
43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan
membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih
cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah
diwujudkan.
44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal
rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.
45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran
negatif berbanding positif.
46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya
fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan
dan keluarga).
47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu
penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita
khususnya, termasuk Anda).
48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka
mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu
berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di
dalam handphone Anda)
49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda,
mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.
50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu
yang lebih lama dari seumur hidup.



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home